Salam, hello hello!
Dah seminggu lebih sebenarnya aku sampai di Welly ni. tak terupdate blog sebab baru-baru ni je rumah kawan aku yang aku menumpang sementara ni ada wifi. Alhamdulillah, makin mudah nak berhubung dengan insan-insan tersayang. So, kalau refer pada tajuk entry pun memang dah dapat agak aku nak story pasal apa kali ni. Apa lagi kalau bukan pasal perjalanan balik yang memenatkan.
Basically, tarikh aku terbang balik pada 12 februari 2012 yang lepas. Tiket pulak awal-awal pagi pukul 8.40 pagi waktu Malaysia. Jadinya, seawal pukul 6 pagi lagi dah kena ada kat LCCT untuk check in dan semua-semuanya yang perlu.
Kalau ikut plan awal, yang nak balik sama dengan aku ni semuanya 8 orang, tapi last2 lagi 3 orang tukar tarikh flight lambat sikit. So, tinggalla kami berlima satu rumah balik tarikh tu. Kali ni semua ada untuk hantar aku, termasuklah Kak Lang yang dapat off haritu dengan Eddy. Awal-awal lagi dalam pukul 5 dah gerak pergi LCCT sebab rumah Yong agak jauh daripada LCCT tu.
Sampai-sampai je, aku terus contact Myn and tanya apa nak kena buat, yelah first time nak naik daripada LCCT. Huhuhu. So, tanpa berlengah lagi aku pun timbang beg, agih-agihkan apa yang perlu dan terus check in. Selesai check in, makan nasi lemak dulu dengan family dan convert duit RM500 yang abah bagi. Dapatla dalam NZD190. Agak mahal la sebab tukar dengan Hong Leong bank. Huhu. Takpelah, rezeki dah setakat tu kan?
Lepas dah selesai makan tu terus tunggu kat gate berlepas. Agak rushingla jugak nak salam salam peluk cium semua. Aku sangat sedih sebenarnya tapi aku berjaya tahan air mata ni daripada tumpah. Sebak masa bagi lambaian terakhir sebelum boarding. InsyaAllah hujung tahun ni kita berjumpa lagi.
 |
| miss u guys sooo much! |
 |
| si budak kecik yg comel :) |
Flight haritu berlepas ikut masa. Jadi, terbanglah aku, Myn, Hanis, Saybah dan Zila menuju bumi Kiwi. Agak ramai jugak students Malaysia yang naik flight tu walaupun kebanyakannya aku tak kenal. Perjalanan mengambil masa 10 jam 15 minit dan dijangka sampai pukul 12 tengah malam waktu NZ dan 7 malam waktu Malaysia. Beza waktu NZ 5 jam kedepan daripada Malaysia. Masa dalam flight tu macam-macamla yang kami makan, buat, sembang untuk hilangkan rasa bosan dan lenguh kaki 10 jam duduk dalam plane tu.
 |
| kami! |
 |
| buang masa |
 |
| makan lagi. |
 |
| semak :p |
 |
| now everyone can fly |
 |
| subhanallah |
 |
| nak masuk senja, |
Sampai je touch down kat Christchurch, masing-masing dah lembik. Runsing jugak fikirkan mana nak lelap sementara tunggu flight ke Welly pukul 10 pagi esoknya. Dengan sejuknya MasyaAllah tak tertahan. Lepas penat buang masa, baring, bangun , baring, bangun, dapat lelap dalam sejam dua then pukul 5 pagi kena kejut dengan guard airport. Terus kami pergi mandi dan tunggu masa untuk ke Welly di domestic airport.
 |
| mata panda. |
 |
| beg2 aku |
 |
| first time sampai :) |
 |
| air NZ :) |
 |
| peeeenaatttttt! |
 |
| tunggu n breakfast kat domenstic airport Chch |
Untuk flight ke Welly aku dengan Myn satu flight, Zila dengan hanis, Saybah pulak dah balik awal-awal pagi lagi dalam pukul 8 pagi. Sampai je Welly penatnya tak terkata. mana taknya in sum 24 jam waktu kami travel. Penat angkat beg, check in sana sini. Fuhh! alhamdulilah selamat sampai akhirnya di bumi Welly. then terus naik shuttle ke rumah Ayuni dan nabilah yang akn kami tumpang untuk 2 minggu.
 |
| cuci mata sambil tunggu flight |
 |
| myn dan ukelele nya |
 |
| tak sabar nak terbang ke Welly :) |
till then! :)